Sudah ditakdirkan saya bermusafir ke Jakarta Islamic School untuk melaksanakan perundingan membina kepimpinan warga pendidikan mereka. Sekarang ini mabit di LCCT food court. Walk-in ke Tune hotel tadi tetapi fully booked. So kembali ke foodcourt untuk mencari sudut ketenangan menunggu hari esok berlepas ke Jakarta. Selesai berbuka puasa bersendirian, wlwpun ramai di dewan makan ini.. terus ke musolla untuk mendapatkan pahala maghrib berjamaah yang nilainya sama dgn kita bersolat jamaah fardhu untuk 70 bulan di bulan-bulan yang bukan Ramadhan. Insya Allah akan ku jadikan malam sendirian ini bermunajat di tengah-tengah kesibukan keriuhan manusia berulang alik datang dan pergi daripada LCCT ini.
Di Jakarta nanti aku diamanahkan untuk memberikan kuliah dan perbincangan mengenai "Ciri-ciri Guru Cemerlang JISc, Memupuk diri menjadi Pemimpin 360 darjah, Tamrin Asas Mengapa Aku Menganut Islam dan Mengapa Aku Berdakwah dan Etika Seorang Managemen Tim. Insya Allah akan kembali ke Malaysia pada 31 ogos (Hari Merdeka) dengan berpakaian hitam sepenuhnya untuk menyatakan betapa Malaysia sudah tiada lagi Demokrasi sebenar.
Wassalam
Tuesday, August 25, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Iklan Kursus Ramadhan 2009
Iklan Kursus Ramadhan
1. Sila berdaftar sekarang di dalam hati untuk menyertainya penuh sepanjang kursus dijalankan.
2. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah Allah. Anda boleh rujuk CV fasilitator ini di dalam "Asma' ulhusna".
3. Bayaran adalah percuma, boleh bawa wang sendiri untuk dimasukkan dalam tabung berbuka puasa. Tidak digalakkan membazir membeli makanan di bazaar ramadhan. Makan dan minum disediakan di surau dan di masjid.
4. Silabus adalah Al Quran, satu malam satu juz. Mesti habiskan membaca 30 juz sebagai syarat pencapaian kursus.
5. Tempat kursus boleh di rumah masing-masing dan aktiviti malam di masjid atau surau yang terdekat.
6. Aturcara kursus setiap hari:
0500 - Bangun solat witir
0515 - Sahur
0545 - Ke Surau
0600 - Solat Subuh Berjamaah
0700- Aktiviti Bebas
1930 - Berbuka (opsyenal di rumah / surau / masjid)
2045 - Isya' berjamaah
2100 - Solat terawih
2300 - Baca 1 Juz Al Quran (di rumah/ surau/ masjid)
2400 - Tidur
7. Penilaian kursus:
7.1 Markah tertinggi diberikan kepada peserta yang berjaya a) melambat-lambatkan sahur, b) mencepatkan berbuka, c) menjaga mulut, mata dan telinga daripada perkara yang bukan di dalam silibus ramadhan, d) solat terawih penuh rokaat dengan witirnya sekali e) tiada makanan yang membazir. dan f) banyak mengeluarkan wang bersedekah kepada yang memerlukan.
8. Majlis Penyampaian Sijil
Majlis pencapaian sijil kejayaan anda mengikuti kursus ini akan di adakan di masjid-masjid pada sepuluh malam terakhir. Sila hadir pada malam2 ini sambil beriktikaf. Tetamu Kehormat yang akan menyampaikan sijil kepada peserta-peserta yang berjaya ialah Malaikat Jibril beserta hadiah hamper "Lailatul Qadr".
9. Peralatan yang anda perlu sediakan
a) Niat untuk menjadi taqwa
b) Sebuah Al Quran dgn terjemahan
c) Jam berloceng (alarm)
d) Duit untuk bersedekah (ikut kemampuan)
e) Tempahan surau terdekat atau masjid untuk majlis penyampaian sijil anda.
Sekian, cepat berdaftar kerana tempat terhad kepada orang-orang yang beriman sahaja.

Aku Kecewa Dengan Polis Melanyak YB Gobala
Melihat video clip MP Gobala yang sepatutnya di hormati oleh semua orang kerana beliau adalah seorang wakil yang dipilih oleh rakyat, tetapi polis dengan angkuh telah sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada menghentam wakil rakyat ini yang kita katakan sebagai Yang Berhormat. Saya sudah bertambah benci kepada sikap polis yang sudah hilang punca menjaga kenteraman "awam".
Monday, August 17, 2009
Rakyat Didahulukan !.. Tak leh Percaya
Kematian kerana virus selsema babi meningkat 64, terbanyak dikalangan negara Asia. Kerajaan masih tidak mengakui keadaan tenat ini. Wakil2 rakyat mendesak diadakan persidangan parlimen utk menyelesaikan bencana ini, namun tidak diendahkan oleh Najib.. boleh percaya ke "Rakyat didahulukan!"
Kenyataan DPM pula langsung tak boleh terima akal... kerana virus tak nampak di sesuatu tempat sepertimana jerubu yg boleh kelihatan dengan mata.. bengong betul..!. Tengoklah statistik di setiap daerah melalui data dari hospital atau klinik kesihatan, barulah nampak.. Ingat dia lebih pandai dari rakyat ke... boleh percaya ke .. rakyat didahulukan!.
Calon BN Permatang Pasir pula terlibat kes pecah amanah koperasi pekebun getah.. namanya masih dibuang oleh Bar Council. boleh percaya ke nanti menjadi wakil rakyat.. Tak leh caya.
Inilah negaraku yang mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan.. tak leh caya.

Sunday, August 16, 2009
Batuk2 hari ini
Pagi ni rasa batuk2 sikit, makan ubat, mengantuk pulak.. sambil buka email..
Baru masak ikan dan udang bakar menggunakan grill pan yg baru beli semalam di Gurney Mall.
Now tunggu wife pulang dari sekolah.. nak makan sama dengan dia.
Ptg ni nanti nak design modul Mukhayam utk JISc.
wassalam

Friday, August 14, 2009
Rehat Dgn Wife @ Berjaya Georgetown Penang
Sekarang sedang berehat dengan wife tersayang kat Berjaya Georgetown hotel. Sekian lama tak jalan2 dgn dia. Selalu tinggalkan dia seorang di rumah semasa saya beroutstation kerja. So hari ini releks kat hotel ini, dilayan di restoren ni dan nanti tengahri mungkin jalan2 kat shopping complex di Penang. Sambil menyiapkan sijil2 utk manatics dan Q sciences Uitm dan proposal teambuilding untuk cik na. Ada lagi tak siap, proposal Gender Intell utk Prof madya Azizah dan Proposal Mukhayam utk Ust Hasanuddin.
Hari ni pun tak berapa sihat, makan ubat batuk dan antibiotik.. ni mengantuk sakan.. berat mata ni.
wassalam
Hari ni pun tak berapa sihat, makan ubat batuk dan antibiotik.. ni mengantuk sakan.. berat mata ni.
wassalam
Thursday, August 13, 2009
Selamat Datang
Pertama kali dalam blog ini. Semoga memberi ruang utk saya menyuarakan pandangan dan kritikan untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)