Iklan Kursus Ramadhan
1. Sila berdaftar sekarang di dalam hati untuk menyertainya penuh sepanjang kursus dijalankan.
2. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah Allah. Anda boleh rujuk CV fasilitator ini di dalam "Asma' ulhusna".
3. Bayaran adalah percuma, boleh bawa wang sendiri untuk dimasukkan dalam tabung berbuka puasa. Tidak digalakkan membazir membeli makanan di bazaar ramadhan. Makan dan minum disediakan di surau dan di masjid.
4. Silabus adalah Al Quran, satu malam satu juz. Mesti habiskan membaca 30 juz sebagai syarat pencapaian kursus.
5. Tempat kursus boleh di rumah masing-masing dan aktiviti malam di masjid atau surau yang terdekat.
6. Aturcara kursus setiap hari:
0500 - Bangun solat witir
0515 - Sahur
0545 - Ke Surau
0600 - Solat Subuh Berjamaah
0700- Aktiviti Bebas
1930 - Berbuka (opsyenal di rumah / surau / masjid)
2045 - Isya' berjamaah
2100 - Solat terawih
2300 - Baca 1 Juz Al Quran (di rumah/ surau/ masjid)
2400 - Tidur
7. Penilaian kursus:
7.1 Markah tertinggi diberikan kepada peserta yang berjaya a) melambat-lambatkan sahur, b) mencepatkan berbuka, c) menjaga mulut, mata dan telinga daripada perkara yang bukan di dalam silibus ramadhan, d) solat terawih penuh rokaat dengan witirnya sekali e) tiada makanan yang membazir. dan f) banyak mengeluarkan wang bersedekah kepada yang memerlukan.
8. Majlis Penyampaian Sijil
Majlis pencapaian sijil kejayaan anda mengikuti kursus ini akan di adakan di masjid-masjid pada sepuluh malam terakhir. Sila hadir pada malam2 ini sambil beriktikaf. Tetamu Kehormat yang akan menyampaikan sijil kepada peserta-peserta yang berjaya ialah Malaikat Jibril beserta hadiah hamper "Lailatul Qadr".
9. Peralatan yang anda perlu sediakan
a) Niat untuk menjadi taqwa
b) Sebuah Al Quran dgn terjemahan
c) Jam berloceng (alarm)
d) Duit untuk bersedekah (ikut kemampuan)
e) Tempahan surau terdekat atau masjid untuk majlis penyampaian sijil anda.
Sekian, cepat berdaftar kerana tempat terhad kepada orang-orang yang beriman sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment