Sudah ditakdirkan saya bermusafir ke Jakarta Islamic School untuk melaksanakan perundingan membina kepimpinan warga pendidikan mereka. Sekarang ini mabit di LCCT food court. Walk-in ke Tune hotel tadi tetapi fully booked. So kembali ke foodcourt untuk mencari sudut ketenangan menunggu hari esok berlepas ke Jakarta. Selesai berbuka puasa bersendirian, wlwpun ramai di dewan makan ini.. terus ke musolla untuk mendapatkan pahala maghrib berjamaah yang nilainya sama dgn kita bersolat jamaah fardhu untuk 70 bulan di bulan-bulan yang bukan Ramadhan. Insya Allah akan ku jadikan malam sendirian ini bermunajat di tengah-tengah kesibukan keriuhan manusia berulang alik datang dan pergi daripada LCCT ini.
Di Jakarta nanti aku diamanahkan untuk memberikan kuliah dan perbincangan mengenai "Ciri-ciri Guru Cemerlang JISc, Memupuk diri menjadi Pemimpin 360 darjah, Tamrin Asas Mengapa Aku Menganut Islam dan Mengapa Aku Berdakwah dan Etika Seorang Managemen Tim. Insya Allah akan kembali ke Malaysia pada 31 ogos (Hari Merdeka) dengan berpakaian hitam sepenuhnya untuk menyatakan betapa Malaysia sudah tiada lagi Demokrasi sebenar.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment